Ahad, 30 Julai 2017

POLIS KELANTAN YAKIN KADAR JENAYAH DAPAT DIKURANGKAN

MACHANG, 30 Julai - Polis Kelantan yakin kadar jenayah terutama aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini dapat dibendung berikutan satu perjanjian pertukaran maklumat rentas sempadan dengan polis Di Raja Thailand dimeterai minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasnuddin Hassan berkata beliau telah mengetuai mesyuarat bersama itu yang diadakan selama dua hari bermula rabu lepas di Hatdyai membabitkan membabitkan kerjasama sempadan antara Kelantan dengan Narathiwat.
"Pihak Thailand memaklukan sebahagian besar aktiviti penyeludupan itu dilakukan di sebelah utara negara itu untuk menyeludup bahan terlarang itu ke negera ini," katanya kepada pemberita pada sidang median selepas Program "High Profil Policing Ketua Polis Kelantan, Peringkat IPD Machang, di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BEGITU MUDAH MEREKA MENCEROBOH PERAIRAN KITA.

PASIR PUTEH, 16 Mac - Seramai 16 awak-awak nelayan Vietnam ditahan oleh APMM ketika melakukan aktiviti menangkap ikan diperairan negara ta...